Cara Membuat Taugeh

 

PENGENALAN


Untuk pertama kalinya saya serta kawan-kawan ditugaskan untuk menghasilkan blog dengan pengisian untuk Teknologi Maklumat Komunikasi dan Rekabentuk Teknologi diterapkan sekali. Tugasan kali ini kami dikehendaki menjalankan projek penghasilan sayur taugeh di rumah.Terus terang saya nyatakan di sini saya sebernarnya tidak pernah makan sayur taugeh.Kali ini memberi saya suatu pengalaman baharu tentang sayur taugeh. Baru saya tahu rupa-rupanya sayur taugeh diperbuat daripada kacang hijau.

CARA TANAM TAUGEH MUDAH DI RUMAH

Cuci bersih kacang hijau. Pastikan cuci sampai bersih dan air jernih untuk dapatkan taugeh yang lebih bersih dan berkualiti.




Kemudian rendam kacang hijau yang telah dibersihkan dalam bekas. Boleh rendam dalam besen atau sebarang bekas tak kisah bertutup atau tidak.Saya simpan dalam bekas bertutup untuk mengelak daripada benda asing masuk ke dalam. Perlulah dipastikan paras kacang hijau suku daripada bekas yang berisi air kerana biji kacang hijau akan mengembang dari masa ke semasa hingga ke proses pertumbuhan.

Selepas 24 jam rendam kacang hijau, bilas kacang hijau dengan air bersih. Selepas rendam tu dah boleh nampak kacang hijau dah bercambah.

Langkah seterusnya sediakan bekas, penapis dan kain. Kalau tak ada kain bersih boleh gunakan tisu, net ataupun penapis halus. Tujuan kain dan tisu paper tu nak bagi lembap bekalkan air. Tapi kalau guna jaring kena siram 3-4 kali setiap hari .

Dah ada semua alatan tu, boleh lah susun satu-satu. Letakkan penapis dalam bekas dan alaskan kain atas penapis. Kemudian taburkan kacang hijau yang telah direndam tu. Dah susun elok, tutup semula dengan kain. Tips nak taugeh gemuk dan panjang, lepas tutup kain tu letak pemberat atas dia. Boleh letak pinggan yang berat.




Last sekali boleh tutup dengan kain hitam atau bekas hitam. Warna hitam ni untuk elakkan terkena cahaya. Kalau kena cahaya akan menghasilkan taugeh yang kurus. Letakkan bekas di tempat yang gelap. Siram 2-3 kali sehari. Pastikan air di bawah tapisan tu sentiasa dibuang selepas siram ye. Kalau tak air bertakung tu akan berbau busuk dan memberi kesan pada taugeh.

Hari kedua selepas letak dalam bekas anak pokok taugeh dah kelihatan. Teruja sungguh tengok taugeh membesar dengan cepat macam ni.


Taugeh sudah tersedia untuk dimakan bersama bihun, mee goreng mahupun cucur bilis. Em....sedap.


Comments

  1. Assalamualaikum....nie percubaan pertama saya. X boleh guna akaun saya dlm laptop ibu saya. Sy x swicth akaun.

    ReplyDelete

Post a Comment